Tuesday, April 13, 2010

HALUAN PALESTIN SASAR 10 JUTA UNTUK GAZA




KUALA LUMPUR – Konvoi talian hayat Gaza (Lifeline4Gaza) keempat yang akan diadakan pertengahan Mei depan merupakan konvoi terbesar setakat ini dengan sasaran kutipan RM10 juta melibatkan 20 kapal dan 10,000 penyertaan.

Pengerusi Biro Haluan Palestin (Haluan), Noorazman Mohd Shamsuddin berkata, konvoi yang diketuai pertubuhan bulan kerajaan (NGO) antarabangsa Turki, Foundation for Human Rights & Freedoms & Humanitarian Releif (IHH) ini akan melalui sekatan rejim Zionis Israel untuk menghantar bantuan keperluan asas seperti makanan, minuman, perubatan dan bahan binaan.

Menurutnya, konvoi akan merentasi Laut Mediterranean di Istanbul, Cyprus dan terus ke Gaza melalui jalan laut dengan kerjasama Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan yang mempunyai hubungan diplomatik melalui Perjanjian Keselamatan dengan rejim Israel.

“Untuk menjayakan bantuan kemanusiaan ini, IHH yang mewakili NGO di Turki dan Eropah melantik Haluan di bawah Biro Haluan Palestin untuk mewakili NGO di Malaysia sebagai penyelaras bagi semua sumbangan di Malaysia dan Brunei.

“Justeru, Haluan menyeru kepada semua institusi, organisasi, syarikat dan individu yang prihatin supaya menyokong kempen ini dengan menganjurkan sebarang aktiviti yang dapat menyumbang kepada rakyat Palestin seperti solat hajat, derma, majlis amal, ceramah mahupun forum penerangan permasalahan Palestin khususnya di Gaza sekarang,” katanya dalam sidang media pada Majlis Pelancaran Projek Lifeline4Gaza di Hotel Putra Kuala Lumpur semalam.

Hadir sama, Pengerusi Haluan, Dr Abdullah Sudin Ab Rahman yang merasmikan majlis dan beberapa wakil NGO seluruh Malaysia yang turut bekerjasama menjayakan misi kemanusiaan ini.

Noorazman berkata, projek ini menyasarkan kutipan RM10 juta bagi membiayai pembelian kapal, kargo dan barangan keperluan yang akan disumbangkan kepada mangsa-mangsa keganasan di Gaza.

NGO yang terlibat adalah Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Palestinian Center of Excellence (Pace), Aqsa Syarif Berhad, Dewan Pemuda Masjid Malaysia, Pertubuhan Mawaddah Malaysia dan lain-lain serta beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Agama Negeri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Kementerian Pelajaran, Persatuan Mahasiswa dan beberapa IPTA dan IPTS di negara ini.

“Setakat hari ini, iaitu selepas dua minggu kempen Lifeline4Gaza ini diadakan, kita berjaya mengumpul sebanyak RM59,000 dan berharap jumlah itu akan terus bertambah dari semasa ke semasa sehingga mencapai jumlah sasaran.

“Haluan turut mengalu-alukan VVIP, Aktivis, Diplomat, Ahli Politik, Selebriti mahupun individu menyertai konvoi ini untuk melihat sendiri mangsa keganasan Israel,” katanya.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank Berhad atas nama ‘Tabung Palestin Haluan’ di nombor 5644 9020 8528. 

Monday, April 5, 2010

Risalah Nabi Muhammad s.a.w. Yang Amanah


            Sejak 1370 tahun yang lalu, Muhammad bin Abdullah, Nabi yang ummi telah menyeru di atas
kemuncak bukit Sofa, Mekah, maksudnya:
"Wahai sekalian manusia, sesungguhnya saya adalah pesuruh Allah kepada kamu sekelian, Tuhan yang memiliki seluruh langit dan bumi, tidak ada tuhan melainkan Dia, yang menghidupkan dan mematikan. Berimanlah kamu dengan Allah dan RasulNya, Nabi yang ummi yang telah beriman dengan Allah dan kalimahNya. Turutlah kamu sekalian kepadaNya moga-moga kamu mendapat petunjuk". (Al-A'raf :158)
            Dakwah yang merangkum itu menjadi garis pemisah bagi seluruh alam. Pemisah antara zaman
yang gelap gelita dengan zaman yang akan datang yang bersinar dengan cahaya dan bahagia
abadi. Dakwah ini juga menjadi satu pengisytiharan yang terang dan nyata terhadap satu sistem
yang baru yang disyariatkan Allah yang amat mengetahui dan amat bijaksana. Ia disampaikan
oleh pesuruhNya Muhammad saw, pembawa khabar gembira dan pengingat manusia bersama
kitabNya al Quran yang terang dan bersinar, juga bala tenteranya yang dahulu yang terdiri
daripada orang- orang muhajirin dan ansar dan pengikut-pengikut jejak langkah mereka dengan
penuh ihsan. Dakwah ini bukan satu ciptaan manusia, ia adalah ciptaan Allah yang tidak ada
ciptaan yang lebih baik selain dari-Nya.
Firman Allah, maksudnya,
"Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah al kitab (al Quran) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu tetapi Kami menjadikan al Quran itu cahaya yang Kami beri petunjuk dengannya, siapa yang Kami kehendaki di antara hamba Kami. Dan sesungguhnya Kami benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus (iaitu) jalan Allah yang kepunyaannya segala apa-apa yang ada di langit dan apa yang di bumi, ingatlah bahawa kepada Allahlah kembali semua urusan".
(as Syura:52-53)

Sunday, April 4, 2010

Perkembangan terkini tentang Muhammad Suhaib bin Mohd Shapiee.


Perkembangan terkini tentang Muhammad Suhaib bin Mohd Shapiee.
Beliau sudah checked-out dari General Hospital Penang pada hari Jumaat yang lalu (2/4/2010) lebih kurang jam 3:30pm. Sekarang beliau berada di rumah Batu Uban, Penang.
Beliau sudah boleh bercakap dan dinasihatkan agar sahabat2 yang berkelapangan menghubungi beliau 013-4185265 (Atas nasihat doktor supaya beliau banyak bercakap, agar dapat menyegerakan kesan luka di leher) Sehingga sekarang dan 5 minggu akan datang beliau tidak dibenarkan makan, hanya boleh minum sahaja. Kakinya, InsyaAllah akan pulih dalam masa 3 minggu lagi. Setiap minggu beliau perlu ke hospital bagi menjalani sesi fisioteraphy. Sahabat yang berhajat untuk menziarahi beliau mintak tolong hubungi beliau terlebih dahulu. InsyaAllah, post yang akan datang " Begitu ajaib orang yang beriman itu."