Bagi jiwa-jiwa yang merasakan kehidupannya sentiasa kelam dan muram hingga menjadikan matanya silau melihat kehidupan.
Bagi jiwa-jiwa yang sering kecewa dengan dosa-dosa semalam dan ragu-ragu menghadapi hari esok.
Yakinlah, bahawa Allah tidak pernah menzalimi hambaNya. Bahkan seluruh perjalanan hidup kita sudah ditentukanNya sejak azali lagi. Tidak ada satu episod daripada kehidupan kita melainkan sudah diketahui oleh Allah bahkan Allahlah yang menentukan segalanya dengan ilmuNya yang Maha Luas.
22. Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (Tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam Kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Al Hadid)
Bahkan Allah yang mengatur kehidupan kita itu Maha Lembut terhadap hambaNya, Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Dan Allah yang telah menentukan skrip dalam setiap episod hidup kita itu ialah Allah yang Maha Adil dan Maha Mengetahui. Bahkan ketika kita berdoa mengadu dan membongkarkan segala kelemahan diri, Allah lebih mengetahui segala kelemahan kita samada yang zahir dan tersembunyi.
Ketika kita bermunajat mengadu dan memohon keampuan akan dosa dan kesalahan kita, Allah berkata “Aku tidak peduli”. Ya, Allah tidak peduli bahkan tetap akan diampunkan dosa-dosa kita walaupun dosa kita memenuhi langit dan bumi.
Daripada Anas r.a berkata : Saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda : Telah berfirman Allah SWT ; Wahai anak Adam ! Setiap kali engkau memohon dan mengharap kepada-Ku, Aku tetap mengampunimu atas segala dosa yang engkau lakukan, dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam ! Andai kata dosa-dosamu sampai setinggi langit, kemudian engkau memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku akan mengampuni. Wahai anak Adam ! Andaikata engkau datang kepada-Ku dengan dosa sepenuh bumi, kemudian engkau menemui-Ku, sedang engkau tiada menyengutukan Aku dengan sesuatu pun, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan ampunan sepenuh bumi pula. (Hadis riwayat Tirmizi)
Bahkan dalam satu hadith Qudsi Allah swt menggambarkan bahawa Dia begitu suka kepada hamba yang bertaubat lebih dari seorang musafir yang kehilangan tunggangan dan bekalan makanannya ditengah padang pasir. Ia terus merentasi saat-saat yang begitu memeritkan hingga akhirnya ia menggali lubang dan berteduh lalu dipejamkan matanya. Apabila dibuka semula matanya ternyata tunggangan dan bekalan makanan minumannya berada didepannya hingga dia begitu gembira lalu berkata “Ya Allah, engkaulah hamba dan akulah tuhammu” (Tersilap kerana terlalu gembira). Wahai jiwa-jiwa yang sering menangisi kelemahan diri atau merasakan dirinya sering disakiti hati dan perasaan.
Ketahuilah, setiap keluhan jiwa kita, setiap luka-luka dihati kita dan setiap titisan air mata yang kita tumpahkan semuanya dalam ilmu dan perhitungan Allah bahkan Allah begitu kasihkan hamba-hambaNya lebih dari apa yang kita sangkakan. Inilah kunci kebahagiaan jiwa, kelapangan dada serta kejernihan hati dan fikiran. Disinilah letakkannya kebahagiaan hakiki, bukan pada kemudaan yang akan meninggalkan kita, harta yang akan berkurangan atau apa saja yang bersifat sementara.
Sungguh, sekiranya kita benar-benar mengerti tentu kita akan menemui kebahagiaan itu begitu dekat dengan diri kita bahkan sebahagian dari jiwa kita. Namun kesibukan dunia sering melalaikan kita hingga kita tidak mampu menerokai kekayaan yang telah Allah bekalkan pada kita untuk mengharungi kehidupan ini. Sungguh Allah itu Maha Lembut dan Maha Pengasih kepada hambaNya.
Wednesday, October 26, 2011
Wednesday, April 20, 2011
International Seminar On Peace and Humanitarian Aid for Gaza 2011
International Seminar On Peace and Humanitarian Aid for Gaza 2011
Conference Room 1 & 2, CAC International Islamic University Malaysia
23rd April 2011
Tuesday, June 22, 2010
Palestin Akan Tetap Kekal Selama Dunia Masih Ada
Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ditujukan kepada Rasulullah saw dan para pengikutnya
… Al-Quds merupakan taman yang harum semerbak, lokasi yang senantiasa melemparkan senyuman, malamnya dipenuhi dengan selawat dan munajat, dan siangnya dipenuhi perjuangan dan aktiviti-aktiviti dakwah.
Sejarah Al-Quds adalah sejarah risalah dan perjuangan para rasul, yang diterima dari satu nabi kepada nabi yang lain dan satu dari satu risalah ke risalah yang lain hingga yang terakhir risalah nabi Muhammad saw yang diterima daripada seluruh nabi pada puncak pertemuan di langit yang penuh keberkatan. Di hadapan pintu-pintunya gugur syahid para pejuang dan pahlawan dan di sekelilingnya melahirkan para pejuang yang beriman. Di hadapan pintunya sentiasa berlaku pertarungan sengit yang berpanjangan antara kebenaran dan kebatilan yang kadang-kadang kebatilan menang pada awal pertarungan namun pada akhirnya kebenaran akan memenangi dalam pertarungan ini.
Ketetapan (Tsawabit) yang tidak boleh diubah; Sejarah Al-Quds adalah sejarah risalah dan perjuangan para rasul, yang diterima dari satu nabi kepada nabi yang lain dan satu dari satu risalah ke risalah yang lain hingga yang terakhir risalah nabi Muhammad saw yang diterima daripada seluruh nabi pada puncak pertemuan di langit yang penuh keberkatan. Di hadapan pintu-pintunya gugur syahid para pejuang dan pahlawan dan di sekelilingnya melahirkan para pejuang yang beriman. Di hadapan pintunya sentiasa berlaku pertarungan sengit yang berpanjangan antara kebenaran dan kebatilan yang kadang-kadang kebatilan menang pada awal pertarungan namun pada akhirnya kebenaran akan memenangi dalam pertarungan ini.
- Palestin dan Al-Quds merupakan sebahagian dari aqidah umat Islam, kerana itu mengambil mudah isu keduanya bererti mengambil mudah ke atas kitab Allah, peradaban ummah dan keimanannya.
- Masalah Palestin merupakan amanah yang tergantung di tengkuk setiap muslim, dan menolongnya adalah wajib dan mempertahankannnya adalah suatu kefarduan, sementara mengambil mudah terhadapnya adalah suatu jenayah dan kesalahan.
- Bekerjasama dengan Zionis dan orang-orang yang bersekutu dengan mereka serta berurusan dengan mereka, bererti memerangi Allah, agama dan umat Islam, berdasarkan firman Allah:فَلْيَحْذَرْ الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَنْ تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ “ Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah-Nya takut akan ditimpa cobaan atau ditimpa azab yang pedih”. (An-Nuur:63)
Jihad untuk mengembalikan bumi Palestin dan Al-Aqsa adalah wajib fardu ain ke atas setiap muslim, semua dituntut untuk mempertahankan, menjaga tempat-tempat suci dan melindunginya, kerana al-Aqsa merupakan qiblat pertama, Tanah Haram ketiga dalam Islam dan tempat persinggahan dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj nabi saw.
Ucapan terima kasih yang ditolak dan pengabaian hak Palestin yang menjijikan
Sesungguhnya di antara rencana jahat dunia ke atas seseorang ialah seperti yang berlaku pada tarikh 3 Mac yang lalu. Iaitu seperti yang dilakukan Netanyahu, Perdana Menteri Zionis dengan menyatakan rasa terima kasih kepada para pemimpin Arab di atas sikap mereka yang baik?! Begitu juga Hillary Clinton yang menyatakan rasa terima kasihnya terhadap pendirian Arab yang ‘berani’. Beliau gembira setelah melihat sikap berdiam, membiarkan dan keengganan mereka daripada mengecam atau menentang keputusan penyatuan masjid Ibrahimi di Khalil dan masjid Bilal di Beitlehem kepada Israel yang jelas melakukan banyak perlanggaran terhadap hak-hak asasi dan undang-undang antarabangsa.
Inilah yang terjadi di Tebing Barat di bawah pengawasan dan pendengaran pihak berkuasa Palestin di Ramallah, yang diiringi usaha yang keras sebagai persiapan untuk membangun Haekal Sulaiman di atas tapak Masjid Al-Aqsa seperti yang dilakukan pada tarikh 15 Mac yang lalu sebagai isyarat permulaan “Agenda pembangunan Haekal”.
Al-Aqsa; Allah yang melindunginya dan tangan-tangan ini yang menjadi taruhannya
Zionis selalu bercita-cita mewujudkan identitinya setiap kali mendapat kesempatan untuk merealisasi idea pembinaan Haekal di atas keruntuhan Masjid Al-Aqsa.
Di sebalik penyembelihan yang berlaku di sekitar Masjid Al-Aqsa (8/10/1990 ) muncul arkeologi Zionis “Joseph Sierg” di TV Perancis dengan mengatakan: “Israel dalam waktu terdekat akan segera memulakan pembinaaan Haekal ketiga di atas runtuhan Masjid Al-Aqsa yang mampu dilakukan dengan menggunakan teknologi moden”. Selang beberapa hari pada bulan November Yitzak Shamir Perdana Menteri Israel ketika itu, memberi reaksi ke atas tindakan penyembelihan itu beliau mengumumkan: “Inilah masanya untuk memanjangkan sempadan Israel dari laut Merah hingga ke sungai Furat “.
Pada September 1991 akhbar Hahdashout melaporkan bahawa gerakan pemimpin Gunung Haekal telah melakukan peletakkan batu asas – yang beratnya 6 tan yang dibungkus dengan bendera Israel – ke tempatnya yang terletak di atas tanah suci.
Tidak hairan … Siapakah yang paling menepati janji, ancaman dan ketentuannya dari Allah SWT kerana Allah SWT telah berfirman: إِنَّ اللهَ يُدَافِعُ عَنْ الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ اللهَ لا يُحِبُّ كُلَّخَوَّانٍ كَفُورٍ . أُذِنَ لِلَّذِينَ يُقَاتَلُونَ بِأَنَّهُمْ ظُلِمُوا وَإِنَّ اللهَ عَلَى نَصْرِهِمْ لَقَدِيرٌ. الَّذِينَ أُخْرِجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ بِغَيْرِ حَقٍّ إِلاَّ أَنْ يَقُولُوا رَبُّنَا اللهُ وَلَوْلا دَفْعُ اللهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللهِ كَثِيرًاوَلَيَنصُرَنَّ اللهُ مَنْ يَنصُرُهُ إِنَّ اللهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ “Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang telah beriman.Sesungguhnya Allah tidak menyukai tiap-tiap orang yang berkhianat lagi mengingkari nikmat. Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya. dan sesungguhnya Allah, benar-benar Maha Kuasa menolong mereka itu, (yaitu) orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali kerana mereka berkata: “Tuhan Kami hanyalah Allah”. dan Sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid- masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha kuat lagi Maha perkasa”. (Al-Hajj:38-40)

Ke manakah Shamir pergi? Pergi ke neraka Jahim, memperolehi berbagai laknat, sementara para pemimpin Haekal senyap sunyi dan tidak mampu mencapai misi mereka.
Kita telah menyaksikan dengan mata kepala kita pada akhir-akhir ini bagaimana lelaki dan wanita serta para pemuda dari anak-anak Palestin dengan gagah berani menghadang tentera bersenjata dengan dada yang terbuka sebagai benteng dan tangan-tangan mereka yang kosong dari senjata, kecuali senjata iman, aqidah dan gigih dalam berjihad dan mengimpikan syahid. Benarlah firman Allah yang menggambarkan tentang mereka: الَّذِينَ قَالَ لَهُمْ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا وَقَالُوا حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَالْوَكِيلُ . فَانْقَلَبُوا بِنِعْمَةٍ مِنْ اللهِ وَفَضْلٍ لَمْ يَمْسَسْهُمْ سُوءٌ وَاتَّبَعُوا رِضْوَانَ اللهِ وَاللهُ ذُو فَضْلٍ عَظِيمٍ “(yaitu) orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan: “Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, karena itu takutlah kepada mereka”, Maka Perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: “Cukuplah Allah menjadi penolong Kami dan Allah adalah Sebaik-baik Pelindung”. Maka mereka kembali dengan nikmat dan karunia (yang besar) dari Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keridhaan Allah. dan Allah mempunyai karunia yang besar”. (Ali Imran:173-174)
Dan benarlah sabda Rasulullah saw ketika menyampaikan perwatakan umatnya, sabda baginda: لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي ظَاهِرِينَ عَلَى الْحَقِّ يُقَاتِلُوْنَ عَلَى أَبْوَابِ بَيْتِ الْمَقْدِسِ لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْحَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللَّهِ وَهُمْ كَذَلِكَ “Umatku akan tetap tegak dalam memegang kebenaran, berjuang di pintu-pintu baitul Maqdis, tidak takut dan gentar terhadap celaan orang-orang yang mencela mereka, sehingga datang keputusan Allah sementara jiwa mereka tetap demikian”. (Muslim)

Ketika Ariel Sharon terpilih sebagai Perdana Menteri beliau mengumumkan pendiriannya yang bertekad menghancurkan Intifadah dalam tempoh seratus hari. Namun Intifadhah masih tetap ada dan kekal bahkan bertambah kuat hari demi hari, malahan memberikan tentangan sengit kepada pasukan keselamatan Israel hingga mengembalikan keyakinan kepada keupayaan umat untuk mendapatkan haknya dan melawan musuh Yahudi perampas. Dan menegaskan kepada para pemimpin yang angkuh bahawa cita-cita besar mereka mustahil dapat dicapai. Ke manakah perginya Sharon? Sampai sekarang dirinya masih terlantar dalam keadaan koma antara hidup dan mati. Beliau tidak mengetahui keputusan Allah untuk merealisasikan janji dan ancaman Allah terhadapnya.
Arab menyediakan perlindungan untuk Zionis
Pada hakikatnya yang dituntut pada Arab adalah menghentikan berbagai perancangan menyahudikan Al-Quds, penghancuran Masjid Al-Aqsa, perampasan masjid Haram Al-Ibrahim dan masjid Bilal, perampasan dan penghancuran Baitul Maqdis dan melupakan keganasan ke atas Gaza dan berbagai kehancuran dan perobohan yang menimpa mereka sedangkan mereka masih tetap sabar dan teguh berada dalam keadaan dikepung dan kelaparan.
Ternyata berlaku peristiwa yang menghinakan di dalam Liga Arab kerana menyediakan perlindungan dan laluan dengan memberikan kuasa sebagai presiden kepada Mahmud Abbas untuk berunding dengan regim Zionis selama empat bulan! - Seseorang akan kehairanan dan bertanya-tanya; sejak bilakah Arab menimbang-nimbang keputusannya dalam jangka waktu berbulan-bulan?! - Sejak bilakah Mahmud Abbas memerlukan izin dari Arab sedangkan dialah yang memberikan izin kepada Israel secara sendirinya ketika Persidangan Oslo untuk memutuskan keluar daripada delegasi Madrid dari Arab Bersatu?!
- Kenapakah ada perlindungan Arab ini?!
- Mengapa saat menjelang sidang puncak Tripoli?!
- Mengapa di tengah kebencian Eropah akibat dari pemalsuan Israel ke atas pasport enam negara?!
- Mengapa setelah sidang puncak Assad – Ahmadinejad?!!
- Mengapa dan dalam masa yang sama meruntuhkan rumah-rumah penduduk Al-Quds?!!
- Mengapa dan dalam masa yang sama melakukan pengawasan ke atas pembinaan penempatan baru Israel di Tebing Barat?!
Demikianlah kami melihat bahawa ‘jubah’ Liga Arab longgar dan luas, melindungi Netanyahu dari darah Mabhouh, memberikan kehangatan dari udara dingin yang melanda negara-negara Eropah di mana warga Israel menggunakan pasport dengan gambar secara haram dalam misi melakukan pembunuhan ke atas anggota Pergerakan HAMAS di Dubai dan menyembunyikan inisiatif Arab terhadap kerja terkutuk itu. Orang yang menikam dada Mabhouh adalah warga Israel dan Amerika sehingga sukar memberkas pembunuhnya pada sidang Tripoli yang akan datang .… Namun ingatlah Israel sering mengalami berbagai isyarat penghalang dari satu warga Arab…
Dalam menghadapi tentanganPada hakikatnya yang dituntut pada Arab adalah menghentikan berbagai perancangan menyahudikan Al-Quds, penghancuran Masjid Al-Aqsa, perampasan masjid Haram Al-Ibrahim dan masjid Bilal, perampasan dan penghancuran Baitul Maqdis dan melupakan keganasan ke atas Gaza dan berbagai kehancuran dan perobohan yang menimpa mereka sedangkan mereka masih tetap sabar dan teguh berada dalam keadaan dikepung dan kelaparan.
Ternyata berlaku peristiwa yang menghinakan di dalam Liga Arab kerana menyediakan perlindungan dan laluan dengan memberikan kuasa sebagai presiden kepada Mahmud Abbas untuk berunding dengan regim Zionis selama empat bulan! - Seseorang akan kehairanan dan bertanya-tanya; sejak bilakah Arab menimbang-nimbang keputusannya dalam jangka waktu berbulan-bulan?! - Sejak bilakah Mahmud Abbas memerlukan izin dari Arab sedangkan dialah yang memberikan izin kepada Israel secara sendirinya ketika Persidangan Oslo untuk memutuskan keluar daripada delegasi Madrid dari Arab Bersatu?!
- Kenapakah ada perlindungan Arab ini?!
- Mengapa saat menjelang sidang puncak Tripoli?!
- Mengapa di tengah kebencian Eropah akibat dari pemalsuan Israel ke atas pasport enam negara?!
- Mengapa setelah sidang puncak Assad – Ahmadinejad?!!
- Mengapa dan dalam masa yang sama meruntuhkan rumah-rumah penduduk Al-Quds?!!
- Mengapa dan dalam masa yang sama melakukan pengawasan ke atas pembinaan penempatan baru Israel di Tebing Barat?!
Demikianlah kami melihat bahawa ‘jubah’ Liga Arab longgar dan luas, melindungi Netanyahu dari darah Mabhouh, memberikan kehangatan dari udara dingin yang melanda negara-negara Eropah di mana warga Israel menggunakan pasport dengan gambar secara haram dalam misi melakukan pembunuhan ke atas anggota Pergerakan HAMAS di Dubai dan menyembunyikan inisiatif Arab terhadap kerja terkutuk itu. Orang yang menikam dada Mabhouh adalah warga Israel dan Amerika sehingga sukar memberkas pembunuhnya pada sidang Tripoli yang akan datang .… Namun ingatlah Israel sering mengalami berbagai isyarat penghalang dari satu warga Arab…
- Kita adalah umat yang agung, keasliannya terserlah semasa berada dalam penderitaan dan kesukaran. Justeru umat mestilah melakukan strategi jangka panjang yang bersumber dari pegangan umat dan identitinya. صِبْغَةَ اللَّهِ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ صِبْغَةً وَنَحْنُ لَهُ عَابِدُونَ“Shibghah Allah dan siapakah yang lebih baik shibghahnya dari pada Allah? dan hanya kepada-Nya-lah Kami menyembah”. (Al-Baqarah:138)
- Bahawa kesatuan umat, kesatuan amal Islami, kesatuan kepemimpinan dan kesatuan manhaj merupakan dharurah syar’iyyah (keperluan syarak) dan penting dalam menghadapi tentangan.
- Kita harus mengamalkan perintah Allah sebagaimana firman-Nya:وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا اسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍ وَمِن رِّبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِن دُونِهِمْ لاَ تَعْلَمُونَهُمُ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ وَمَا تُنفِقُواْ مِنشَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنتُمْ لاَ تُظْلَمُونَ “Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambah untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan)”. (Al-Anfal:60)
Sekalipun kecanggihan yang dimiliki Israel pada hakikatnya akan menemui kehancuran
Sekalipun Israel memiliki gudang senjata nuklear, meskipun Amerika mendukung sepenuhnya, meskipun Arab melakukan pakatan bersamanya, tidak akan sama sekali memberikan keamanan dan ketenangan ke atas wilayah kita yang terjajah kepada mereka, itu hanya untuk sementara waktu namun mereka akan hancur dalam waktu terdekat, bukti-buktinya sangat banyak: -
Allah telah menyampaikan berita kepada kita dalam surat Al-Isra’ bahawa zionis akan berada dalam kesombongan sebanyak dua kali .. dan pada saat ini kita sedang menghadapi kesombongan yang kedua kalinya dan untuk kali yang terakhir ini Allah akan menghancurkan mereka dan memberi mereka dengan azab yang buruk; sebagai ganjaran di atas kesombongan mereka di hadapan Allah, dan penghinaan mereka terhadap tanah haram dan tempat-tempat suci. Allah berfirman: فَإِذَا جَاءَ وَعْدُالآخِرَةِ لِيَسُوؤُواْ وُجُوهَكُمْ وَلِيَدْخُلُواْ الْمَسْجِدَ كَمَا دَخَلُوهُ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَلِيُتَبِّرُواْ مَا عَلَوْا تَتْبِيرًا “Dan apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) yang kedua, (kami datangkan orang-orang lain) untuk menyuramkan muka-muka kamu dan mereka masuk ke dalam mesjid, sebagaimana musuh-musuhmu memasukinya pada kali pertama dan untuk membinasakan sehabis-habisnya apa saja yang mereka kuasai”. (Al-Isra:7)

Dan sesuai dengan sunnatullah dalam silih berganti zaman, akan terjadi kehancuran suatu bangsa disebabkan oleh kezaliman, kekejaman dan penindasan. Allah berfirman: فَقُطِعَ دَابِرُ الْقَوْمِ الَّذِينَ ظَلَمُواْ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ“Maka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam”. (Al-An’am:45) وَتِلْكَ الْقُرَى أَهْلَكْنَاهُمْ لَمَّا ظَلَمُوا وَجَعَلْنَا لِمَهْلِكِهِم مَّوْعِدًا “Dan (penduduk) negeri telah Kami binasakan ketika mereka berbuat zalim, dan telah Kami tetapkan waktu tertentu bagi kebinasaan mereka”. (Al-Kahfi:59)
- Bahawa Israel sentiasa menanggung kekalahan dan pengunduran tentera setelah mengalaminya secara berturut-turut, dimulai dari kekalahan dari perang 1973, pada Intifadah pertama tahun 1987, pengunduran tentera dari Lebanon Selatan, Intifadah kedua tahun 2000, dan yang terakhir kalah dalam peperangan melawan Hizbullah di Lebanon serta pengunduran yang memalukan dari Semenanjung Gaza tanpa mencapai matlamat yang diinginkan.
- Terjadinya perubahan demografi yang berpihak pada penduduk Arab atau apa yang mereka sebut “bom biologi”, yang memberikan kelebihan kadar kelahiran warga Palestina dan Zionis dengan nisbah 7: 1.
Sementara itu regim Zionis menyeru untuk mengisytiharkan nama “negara Yahudi” sebagai pelaksanaan awal pengusiran warga Arab dan menutup pintu hak pengembalian wilayah seperti tahun 1948.
- Rasulullah saw telah menyampaikan berita gembira bahawa –yang senantiasa memberikan harapan kepada kita- akan terjadinya pertempuran yang menentukan antara Yahudi dan umat Islam yang mana kemenangan akan dikecapi oleh Islam dan umat Islam. Nabi saw bersabda:لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقَاتِلَ الْمُسْلِمُونَ الْيَهُودَ فَيَقْتُلُهُمْ الْمُسْلِمُونَ حَتَّىيَخْتَبِئَ الْيَهُودِيُّ مِنْ وَرَاءِ الْحَجَرِ وَالشَّجَرِ فَيَقُولُ الْحَجَرُ أَوْ الشَّجَرُ يَا مُسْلِمُ يَا عَبْدَ اللَّهِ هَذَا يَهُودِيٌّ خَلْفِي فَتَعَالَ فَاقْتُلْهُ إِلَّا الْغَرْقَدَ فَإِنَّهُ مِنْ شَجَرِ الْيَهُودِ “Tidak akan terjadi kiamat sampai umat Islam berperang dengan Yahudi, kemudian umat akan memerangi mereka, sehingga orang-orang Yahudi bersembunyi dibalik batu dan pohon, lalu batu atau pohon tersebut berkata: “Wahai muslim! Wahai hamba Allah! Ini ada orang Yahudi dibelakang saya, kemarilah dan bunuhlah, kecuali pohon gorqod; Karena ia merupakan pohon Yahudi”. (Muslim)

Dari sini kami sampaikan… bahawa Israel pasti akan hancur sedangkan Masjid Al-Aqsa pasti akan tetap berdiri dan tegak selama dunia masih ada. Allah berfirman: فَأَمَّاالزَّبَدُ فَيَذْهَبُ جُفَاء وَأَمَّا مَا يَنفَعُ النَّاسَ فَيَمْكُثُ فِي الأَرْضِ كَذَلِكَ يَضْرِبُ اللَّهُ الأَمْثَالَ “ Adapun buih itu, akan hilang sebagai sesuatu yang tak ada harganya; Adapun yang memberi manfaat kepada manusia, Maka ia tetap di bumi. Demikianlah Allah membuat perumpamaan-perumpamaan”. (Ar-Ra’d:17)
Tuesday, June 15, 2010
Catatan Dari Mavi Marmara - Dr Arba’ai
Setelah 2 hari menanti dilaut akhirnya pd jam 6 petang waktu Turki kapal Mavi Marmara bergerak ke arah Gaza, lebih kurang 400 batu lagi. Mavi Marmara adalah sebuah kapal yang digambarkan sebagai ‘the giant vessel’ dengan ketinggian lima tingkat.
Tingkat bawah menempatkan relawan wanita dan bahagian injin serta klinik. Tingkat/dek 2 dibahagian tengah adalah ‘announcement centre’, membahagikan 2 ruang besar dihadapan dan dibelakang. Di ruang hadapan menempatkan relawan dari Turki dan di ruang belakang menempatkan relawan dari negeri lain. Kami relawan dari Malaysia dan Indonesia bertempat diruang belakang berdekatan dengan beranda kapal yang mengadap ke laut.
Kami berjumlah 10 orang bersama-sama dengan 2 orang press dari Astro Awani. Relawan Malaysia diketuai oleh Norazman Samsuddin, Nizam Awang, Dr Syed Halim,Dr Mohd Arba’ai dan Ust Al-Hami dari NGO Haluan, Dr Selamat Aliman dari PACE, Ust Hasanudin dari Aqsa As-Syarif, Tn Hj Jamuliddin Alias dari Yayasan Amal, Halim Redzuan dari Muslim Care dan 2 orang wartawan astro awani iaitu Aswad dan Shamsul. Disini kami bersama-sama dengan relawan dari Mesir (Ahli Parlimen Mesir) ,Algeria dan lain-lain.
Tingkat/dek 3 diruang depan selepas tangga adalah ruang untuk press room dan disebelah belakangnya adalah ruang untuk solat berjemaah(Ini adalah ruangan terbuka yang mengahadap kelaut). Dibahagian belakang tingkat 4 adalah tempat untuk shooting dan press dijalankan untuk menghebahkan setiap detik perjalanan keseluruh dunia. Tingkat atas adalah satu ruangan terbuka yang merupakan tempat larangan melainkan mereka yang telah diberi kebenaran . Di bahagian depan tingkat lima ini adalah bilik pemanduan.
Pada hari itu catuan makanan telah bermula iaitu tiada makan tengahari hanya makan malam dan sarapan pagi.Ini kerana kami merasakan mungkin akan berada di perairan antarabangsa selama sebulan jika Israel berdegil dengan menahan kami di perairan antara bangsa. Begitu juga para relawan tidak dibenarkan untuk mandi manda sama sekali.
Tepat jam 8 .20malam azan dikumandangkan oleh relawan dari Syria sungguh sayu sekali. Kami bersolat jamak Maghrib dan Isyak berjamaah. Imam membaca surah yg agak panjang dengan suara yang mendayu-dayu. Semasa imam membaca qunut nazilah kedengaran ramai yang mengalirkan air mata,teresak-esak mengharapkan pertolongan Allah. Aku merasakan betapa kerdilnya diriku dibandingkan dengan Allah SWT. Begitu juga kerdilnya diriku berbanding samudera lautan yang tak kelihatan tepinya, dengan langit yang tidak kelihatan batasannya. Airmataku mengalir merasakan penuh kerendahan kehadrat Allah swt. Dalam hatiku berdoa untuk kejayaan Mavi Marmara ke Gaza. Aku juga menuluskan hatiku sekiranya esok hari akhir hidupku, moga-moga Allah menerima syahadahku dan membersihkan niatku. Masih terngiang-ngiang ingatan dan pesanan dari Ustaz Abdullah Thaidi dan saudara Solehuddin kepadaku sebelum kami berlepas di KLIA beberapa minggu yang lepas.
Sedikit taklimat keselamatan oleh Ust Hassanudin untuk semua relawan dari Malaysia dan Indonesia . Mereka semua diminta membuat persediaan. Diruang solat masih ada lagi tazkirah yang disampaikan oleh relawan Arab seolah-olah mereka tidak merasai bahaya yang mendatang.
Jam 11malam, masing-masing telah memulakan persediaan seperti demo memakai alat-alat keselamatan, demo memakai life jaket dan lain-lain.Pada masa itu saya dan Dr. Syed Halim telah ditempatkan diruang solat untuk bersiap sedia memberikan khidmat kesihatan kepada relawan dikiri dan kanan dek 3. Dek 3 ini dihubungkan dengan dek 2 melalui 2 pintu dikiri dan kanan. Pusat operasi perubatan terletak di dek 2 dengan peralatan dan kemudahan yang sangat ala kadar. 2 orang jururawat ”standby” disitu.
Solat subuh berjamaah pada jam 4.30pagi. Punyalah lama imam membaca surah dan qunut nazilah. Seisau lepas solat, kedengaran bunyi bising dari rakan-rakan sukarelawan dan bunyi letupan kuat. Saya terus bergegas mengambil posisi. Rakan-rakan dari Malaysia dan Indonesia mengambil posisi disebelah kiri dek paras 3, bersiap sedia dengan hos pili bomba dan apa saja yang dapat diambil samada botol minuman atau batang kayu penyapu dan beberapa rod besi. Bahagian atas kapal upper deck dikawal oleh relawan dari Turki seramai lebih kurang100 orang. Mereka berkawal melindungi kapten kapal dari ditawan oleh para lanun Israel. Dikanan kapal juga dikawal oleh para relawan dari negara lain. Begitu juga berpuluh relawan mengawal dibahagian hujung belakang kapal yang mengadap ke laut.
Tanpa amaran lanun Israel terus menyerang dengan 3 bot laju dikiri dan 3 bot laju di kanan Dan 2 di belakang , mereka cuba menawan kapal. Letupan kuat berlaku dikiri kanan, belakang dan atas. Mereka menggunakan bom asap, bom cahaya dan bom bunyi. Para sukarelawan menggunakan berbagai cara untuk menghalang kapal ditawan lanun Israel ini. Pancutan air dari pili bomba, botol kayu dan besi digunakan untuk mempertahankan Mavi Marmara. Pada masa itu saya berada di belakang kapal dek tingkat 3 di ruang solat, melihat Ahli Paelimen saudara Jamal membaling botol kepada lanun Israel yang cuba memanjat tebing tepi kapal. Mereka ketakutan dan menjauhkan bot dari kapal. Saya juga lihat cahaya laser berligar-ligar di badan Dr Selamat dan Ust Hassanuddin. Rupanya itu cahaya dari senapang Israel.
Semakin banyak bom asap yang jatuh ke tepi dek tempat relawan Malaysia dan Indonesia berkawal. Haji Jamaluddin melepaskan pili bomba yang dipegangnya kepada seorang relawan Indonesia Mas Okvi lantas Haji Jamaluddin yang memakai topeng gas membuang satu persatu bom asap tu ke laut. Yang anehnya setiap kali bom asap jatuh ke lantai dek,angin kuat bertiup menyebabkan tidak satupun yang terbatuk-batuk atau sesak nafas. SubhanAllah pertolongan Allah datang tanpa diduga. Tiba-tiba kedengaran satu letupan kecil dan pergelangan tangan Mas Okvi berdarah. Mas Okvi telah ditembak oleh lanun Israel keparat itu. Mas Okvi terus berlari ke dalam kapal untuk mendapatkan rawatan.
Tidak ada seorang relawan pun yang bersembunyi atau ketakutan ,masing-masing begitu gagah berani cuba menyelamatkan kapal. Mereka sentiasa pasrah menang atau .. Dilautan diberitakan ada 20 kapal perang Israel dan 2 kapal selam Israel menyertai armada lanun untuk merampas Mavi Marmara.
Didalam bilik berita puluhan wartawan sedang sibuk membuat liputan dan menghantar berita ke ibu pejabat masing-masing sebelum aliran internet dan satelit di blok oleh pihak berkuasa Israel. Mas Suria dari media Indonesia bergegas keluar dari bilik berita dengan kameranya untuk merakamkan peristiwa yang berlaku. Tiba-tiba dia terjatuh ke lantai dan mukanya pucat lesi. Dia sempat ditarik ke dalam bilik berita oleh rakan-rakan dari press . Darah menyembur dari dada kanan beliau. Peluh dingin membasahi dahi dan badannya. Pertolongan cemas diberikan kepadanya .
....................................................................................................................................................
Sementara itu Dr Arif Rehman mengkhabarkan bahawa satu helikopter datang dari atas, 3 komando lanun Israel turun menggunakan tali, sampai kebawah terus ditangkap oleh relawan Turki, senjata mereka dirampas, mereka ditawan. Didapati pada diri mereka ada risalah menyiarkan gambar foto 16 orang yang akan dibunuh, antaranya Presiden IHH Bulent Yıldırım, seorang paderi dan Sheikh Raid Solah.
Helikopter pertama meninggalkan kapal apabila relawan Turki menghalakan lampu spotlight kepada mereka. Datang pula helikopter kedua dan beberapa komando turun menggunakan tali, sSangat cepat dan pantas sekali.
Seorang relawan Turki, saudara Nicchi yg sedang ambil foto ditembak tepat didahi antara kedua keningnya dan tembus kebelakang meninggalkan luka sebesar tapak tangan dan otak tersembur keluar. Darah menyembur seperti air paip terus membasahi lantai kapal. Dr Arief Rehman Dari Mercy Indonesia terus meluru kepada relawan tersebut, otaknya bertaburan dilantai. Dr Arief cuba merawatnya , apakan daya relawan Turki itu terus tercungap-cungap. Relawan lain membantu membawa beliau ke dek tingkat 2 untuk dapatkan rawatan lanjut. SubhanaAllah dia telah syahid menemui RabbNya.
Apabila komando Israel telah mula menembak menggunakan peluru hidup dan mengorbankan seorang relawan, maka Bulent Yıldırım, pengerusi IHH mengarahkan supaya mengibarkan bendera putih tanda kami menyerah diri. Tetapi lanun Israel terus menembak relawan yang berada dibawah mereka secara membabi buta . 3 orang lagi yang terkorban. Ramai juga para relawan Turki yang ditembak di dada, perut, tangan ,kaki dan betis. Rupanya ada juga komando lanun Israel yang tercedera kerana terkena tembakan rakan sendiri. Dr Syed Halim, sahabat saya yang merawat luka lanun Israel yang tercedera itu. Dr Syed meminta beberapa relawan Turki memegang lanun Israel itu, lanun itu kelihatan takut dia akan diperapa-apakan oleh Dr Syed. Akhirnya didalam kekecohan itu, lanun Israel terjun ke laut.
Situasi kapal Mavi Marmara semakin kelam kabut. Ketika itu saya berada di ruang solat dek 3. Saya sedang sibuk mengambil foto bot-bot lanun Israel itu. Tiba-tiba dikejutkan oleh beberapa relawan Turki dari tingkat atas yang membawa seorang rakannya yang tercedera. Walaupun agak kepayahan, saya cuba mengarahkan mereka ke ruang rawatan yang terletak di ruang tengah dek 2.
Diruang rawatan itu saya sangat terperanjat melihat seorang yang telah syahid dan 2 orang yang sedang diresusitasi oleh Dr Syed Halim bersama rakan-rakan doktor yang lain. Seorang relawan yang nazak cuba kami bantu dengan menginfuse drip NS dan memberikan resusitasi. Keadaan memang sangat gawat sekali kerana kekurangan peralatan yang ada seprti drip set, branula, oksigen, plaster dan lain-lain. Ini kerana kami tidak menyangka Israel sanggup bertindak seganas dan sesetan ini. Dalam taklimat yang kami terima sebelum ini kami hanya menyangka mendapat luka-luka ringan dan tiada kematian. SubhanaAllah inilah keturunan manusia yang pernah menyembelih Nabi Yahya dan Nabi Zakaria dan membunuh beribu saudara kami di Palestin. Pada hari ini kami bukan berdepan dengan manusia tetapi berdepan dengan para syaitan yang berbadan manusia.
………Bersambung.
Perkongsian oleh Dr. Mohd Arba’ai B Shawal, Exco HALUAN Pusat, relawan HALUANPalestin yang menyertai LL4G yang berada dalam kapal Mavi Marmara yang telah diserang komando Israel pada 31 Mei 2010 yang lalu.
Thursday, June 3, 2010
Jemputan Menyertai Demo Solidariti
Yang dihormati,
Rakyat Malaysia yang cintakan keamanan
Rakyat Malaysia yang cintakan keamanan
JEMPUTAN DEMONSTRASI BESAR-BESARAN SECARA AMAN MENGUTUK SERANGAN REJIM ISRAEL KE ATAS KAPAL BANTUAN KEMANUSIAAN KE GAZA DAN MENERUSKAN DESAKAN TERHADAP KERAJAAN AMERIKA SUPAYA CAMPURTANGAN MENGHENTIKAN KEGANASAN ISRAEL KEPADA WARGA DUNIA.
Merujuk kepada perkara di atas, kami menjemput tuan untuk bersama-sama hadir dalam acara tersebut di atas. Maklumat adalah seperti berikut:
Acara: Demonstrasi Besar-besaran Mengutuk Keganasan Israel dan serahan memorandum
Lokasi: Di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Ampang.
Masa: 2.00 petang (Selepas Sembahyang Jumaat)
Tarikh: 4 Jun, 2010
Untuk penyelarasan, sila SMS setiausaha Crisis Management Team (CMT-LL4G) di talian 019-5511-600 untuk penyelarasan SENARAI ORGANISASI/NGO YANG AKAN MENYERTAI DEMONSTRASI MENGUTUK SERANGAN ISRAEL KE ATAS MISI KEMANUSIAAN GAZA selewat-lewatnya pada hari Khamis 3/6/2010 jam 6 petang.
Subscribe to:
Posts (Atom)