Monday, March 29, 2010

Konsert Lifeline 4 Gaza (Cita Pemuda)


Tapakanlah kaki dijalan Illahi
Jangan ragu lagi janji Syurga-Nya pasti
Korbankanlah api peperangan suci
Yakin kemenangan janjikan bidadari

Bangkitlah segera wahai pemuda
Jangan terlalaikan oleh buai dunia
Disana ada negeri Islam terluka
Sandarkan jiwamu untuk membela

Siapkan diri rangkul senjata
Panjatkan doa untuk citakan Syurga
Pekikan takbir sampai nafas terakhir
Kejayaan ditangan kita

Satu...Hati...bebaskan Palestina
Hancurkan Yahudi penjajah
Tegap...Maju...dan songsonglah Syurga
takkan pernah gentar
Sampai Al-Quds Merdeka.

TAKBIR!!! ALLAH AKBAR...

Wednesday, March 24, 2010

Kasih Sayang

Kasih sayang itu baja
Kasih sayang penyubur jiwa
Kasih sayang itu penawar
Penguat cinta penghapus duka

Kasih manusia sering bermusim
Sayang manusia tiada abadi
Kasih Tuhan tiada bertepi
Sayang Tuhan janjinya pasti

Tanpa kasih sayang Tuhan
Tiada simpati tiada persaudaraan
Tanpa kasih sayang Tuhan
Tiada bakti tiada kemaafan

Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri

Kasih sayang pada semua
Kasih sayang sesama kita
Kasih sayang ooh dunia
Moga selamat di akhirat sana

Thursday, March 18, 2010

Engkau Sahabatku Dunia & Akhirat


           14 Mac 2010 (lbih kurang 10 lbh), Akhi, suhaib dengan afdholul accident..kata Numan kpd aku dengan zulkarnain. Kat mana teruk ka? Tu moto suhaib dok ada lagi.. dia accident dengan apa? Jawab aku.Dia naik AY la..cepat la pergi tengok..Kat mana? dalam pjalanan nak mai bukit Ayer. Aku dengan Zulkarnain terus pergi dengan kereta yang telah diwakafkan oleh Mudir MATRI kepada MATRI. Dalam perjalanan aku cuba memaksa diri menerima kenyataan bahawa ni accident sikit saja ni...mesti luka sikit je.. Dalam perjalanan kami terserempak dengan kereta yang mereke naiki..MasyaAllah, betapa terkejutnya aku melihat hancur teruk kereta yang mereka naiki...

[tempat+kejadian.jpg]
Kereta yang dinaiki
          Aku terus minta telefon dari Zulkarnain untuk menelefon Afdholul. Aku bertanya Afdholul ada kat mana sekarang? Kami accident ni dalam perjalanan ke hospital..dalam perbualan aku terdengar siren ambulan..
Sesampainya kami di hospital Suhaib berada didalam wad kecemasan. Alhamdulillah afdholul hanya cedera ringan. Tetapi dia masih berasa sakit pada tangan dan lebam di paha.  

           Hampir 3 jam aku menunggu di hospital untuk melihat keadaan suhaib. Akhirnya aku mengambil jalan terus masuk ke wad kecemasan. Alangkah terkejutnya aku melihat pendarahan yang begitu banyak keluar dari hidung suhaib tanpa henti-henti. Doktor terpaksa memasukkan kapas untuk memberhentikan darah dari terus mengalir. 
    Terkini tentang Suhaib (Updated 18/3)
InsyaAllah 19/3 Sahabat kita Suhaib akan menjalani pembedahan di bahagian muka dengan kos RM 5000.
Sekarang beliau berada di GH Penang.
Ana mohon sumbangan kewangan dan doa daripada sahabat/sahibah semua.

Setakat ini saja yang ana mampu kongsi...