Rabu, 30 Sep. 2009. Inilah peringatan dari Allah swt kepada diriku khasnya dan kepada manusia lain amnya supaya kita kembali menyerah diri kepada-Nya. Selepas sehari suntuk tiada di asrama kerana pergi beraya di rumah kawanku, aku dikejutkan dengan satu berita bahawa tempat yang ku musafir untuk mencari ilmu ini di uji oleh Allah swt dengan gempa bumi. Sama-sama kita memuhasabah diri!!!
Wednesday, September 30, 2009
Peringatan Dari Maha Pencipta!!!
Rabu, 30 Sep. 2009. Inilah peringatan dari Allah swt kepada diriku khasnya dan kepada manusia lain amnya supaya kita kembali menyerah diri kepada-Nya. Selepas sehari suntuk tiada di asrama kerana pergi beraya di rumah kawanku, aku dikejutkan dengan satu berita bahawa tempat yang ku musafir untuk mencari ilmu ini di uji oleh Allah swt dengan gempa bumi. Sama-sama kita memuhasabah diri!!!
Monday, September 28, 2009
Berita Gembira Buat Kaum Wanita!!!
1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang
lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal
tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang
yang penyayang tidak akan sia-sia.
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang
yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT
akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah SAW) di dalam syurga.
5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu
diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan
bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka
barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak
Nabi Ismail.
6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau
dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam
pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap
bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan
ibumu terlebih dahulu.
9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada
anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan
menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu
neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang
dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di
udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama
mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih
besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula
berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,
memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga
mana sahaja yang dikehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT
memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000
tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap
hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT
mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa
seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang
sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba
dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
Sunday, September 27, 2009
Siapakah Kita Ini Sebenarnya???
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
Rabu, 16 September 2009 (06:36 PM)
Dewasa ini, ramai yang suka ketawa sehingga lupa akan kematian yang selalu mengintai-intai. Kita selalu seronok dengan dunia yang hanya sementara sifatnya, hingga lupa akan kehidupan akhirat yang kekal abadi. “ Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.” (Ali ‘Imran: 102). Setiap yang kecil dan yang besar akan merasai mati. Setiap pemimpin dan menteri akan merasai mati. Setiap orang mulia dan rendah akan merasai mati. Setiap orang kaya dan miskin akan merasai mati. Setiap nabi dan wali akan merasai mati. Setiap orang zuhud dan ahli ibadah akan merasai mati. Setiap yang mempercayai dan mengingkari akan merasai mati. Setiap yang lemah dan gagah akan merasai mati. Setiap yang sihat dan sakit akan merasai mati. Melainkan hanya Zat Yang Memiliki Kemuliaan dan Kekuasaan (Allah s.w.t.) saja tidak akan mati.
Berwaspadalah kita terhadap dunia yang merupakan impian kosong dan fana ini. Dunia yang hanya menjadi tempat persinggahan buat manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan makhluk lainnya. Mengintai sejarah penciptaan manusia, membuatkan diri kita kembali berfikir betapa hina dan kerdilnya kita di atas muka bumi Allah ini. Allah s.w.t. berfirman di dalam surah Abasa ayat 17-22 “Celakalah manusia, alangkah ingkarnya ia! Dari apa ia diciptakanNya? Dari setitis air mani Dia menciptakannya, lalu Dia menentukan bentuknya. Kemudian Dia memudahkan baginya jalan. Kemudian Dia mematikannya lalu dikuburkannya. Kemudian apabila Dia kehendaki Dia bangkitkannya.” Ayat tersebut telah mengingatkan kita tentang asal kejadian manusia dan tentang kesudahannya. Juga apa yang berlaku diantara keduanya. Cubalah kita meneliti maksud ayat ini dengan seteliti-telitinya.
Awal kejadian manusia itu tentulah dari tiada, dari sesuatu benda yang belum tercatit dalam alam kejadian sejak beberapa masa yang lama. Adakah benda lain yang lebih rendah mutunya daripada sesuatu benda yang masih belum diciptakan di dalam alam kejadian? Kemudian Allah s.w.t. telah menciptakan manusia itu dari bahan yang paling kotor. Diciptakannya dari tanah, kepada air mani, kepada segumpal darah, kepada seketul daging, lalu jadi ia tulang-belulang, kemudian dibungkus oleh daging. Inilah permulaan kejadian manusia. Ia tidak menjadi manusia yang sempurna , malah Allah jadikan manusia itu asalnya sebagai satu benda yang tidak bernyawa , mati, tidak mendengar atau melihat, tidak merasa atau bergerak, tidak berkata-kata atau membunuh, tidak mengenal mahupun mengetahui.
Jadi manusia itu bermula dari mati sebelum hidup, bermula lemah sebelum kuat, bermula bodoh sebelum berilmu, bermula buta sebelum celik, bermula tuli sebelum mendengar, bermula bisu sebelum berkata-kata, bermula sesat sebelum mendapat petunjuk, bermula miskin sebelum kaya, bermula tidak berkuasa sebelum berdaya.
Friday, September 25, 2009
Dakwah Fardiah
muslim dan muslimat di setiap masa. Terutamanya di zaman kita ini, ia lebih wajib
kerana umat Islam pada hari ini terdedah kepada serangan jahat musuh-musuh Allah
s.w.t yang bertujuan mencabut teras dakwah Islam dari jiwa umat Islam.
Menyeru manusia kepada Allah s.w.t adalah satu kemuliaan yang besar
kepada pendukung dakwah.
Firman Allah yang bermaksud:
“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada
Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk
orang-orang yang menyerah diri.” (Fushilat: 33)
Menyeru manusia kepada Allah s.w.t menghasilkan pahala dan ganjaran yang
besar dan tidak ternilai sebagaimana pengakuan Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Jika Allah s.w.t memberi hidayah kepada seorang lelaki lantaran anda, itu lebih
baik bagimu daripada setuap apa yang disinari matahari.” (Riwayt at-Tabrani)
Menyeru manusia kepada Allah s.w.t dan kepada jalan yang benar, adalah
sebaik-baik urusan dan amat perlu diketengahkan, terutama di zaman ini yang
berkecamuk dengan berbagai kefahaman dan ideology, trend semasa yang
memperbodoh, menyesat dan menyelewengkan.
Menyeru manusia kepada Allah s.w.t adalah salah satu peringkat (marhalah)
yang penting dalam amal Islami yang dilakukan secara bersungguh-sungguh. Ia
merupakan marhalah ta’arif (memperkenalkan), yang mendahului marhalah takwin
(pembentukan). Di sana terdapat dakwah ‘Ammah (dakwah umum) yang dicernakan
melalui pidato, ceramah-ceramah, majlis-majlis ilmu, media masa seperti buku-buku,
risalah-risalah, suratkhabar, majalah, kaset dan lain-lain. Di sana juga terdapat
dakwah Fardiah (dakwah individu) yang tidak kurang pentingnya.
Thursday, September 10, 2009
keberangkatan Seorang Sahabat ke Medan Juang
Setiap pertemuan pasti akan berakhir dengan perpisahan. Inilah realiti dalam sebuah kehidupan.Tetapi kepada sahabatku, Saeed Zubir yang telah berangkat ke bumi Mesir pada hari Jumaat jam 02:45 pagi, 11 september 2009 bersamaan 21 Ramadhan 1430H; Ingatlah sebenarnya kita tidak berpisah wahai sahabatku tetapi kita dalam proses mengatur sebuah pertemuan yang kekal abadi di akhirat kelak, InsyaAllah.
Thursday, September 3, 2009
Kehangatan Nuzul Al-Quran Kian Terasa!!!
Di musim Ramadan ini ramai yang mengaji, bertadarus atau membaca al-Quran. Ia sememangnya satu amalan yang baik yang mendatangkan pahala, insya-Allah. Namun siapakah yang sebenarnya membaca al-Quran di sisi Allah?
Berhubung dengan ini Allah berfirman, “Dan mereka yang telah Kami berikan Kitab kemudian mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya, mereka itulah yang beriman dengannya. Barang siapa yang ingkar terhadapnya mereka itulah orang-orang yang rugi.” (Surah Al-Baqarah ayat 121)
Dalam ayat ini Allah menegaskan bahawa mereka yang benar-benar membaca Kitab Allah ialah mereka yang membacanya ‘haqqa tilaawatih’. Siapakah mereka itu? As-Syeikh Said Hawa di dalam Al-Asas fit Tafsir mendatangkan pendapat sahabat Abdullah ibn Masud ra yang berkata: “Demi Allah, maksud membaca Kitab dengan bacaan yang sebenarnya (iaitu haqqa tilaawatih) ialah menghalalkan apa yang dihalalkannya, mengharamkan apa yang diharamkannya, membaca seperti mana ia diturunkan Allah, tidak mengubah kalam Tuhan dari tempatnya dan tidak mentakwilkan ayat-ayatnya secara yang tidak betul.”
Untuk tujuan ini kita perlu memahami apa yang kita baca dan bukan sekadar membaca, mengaji dan bertadarus begitu sahaja. Allah berfirman, “Apakah mereka tidak tadabur al-Quran? Sekiranya al-Quran itu bukan dari sisi Allah tentulah mereka akan mendapati percanggahan yang banyak di dalamnya.” (Surah An-Nisak ayat 82)
Ketika menerangkan maksud ayat ini, Imam Ibn Kathir di dalam Tafsir al-Quran al-Azim berkata, “Allah mengarahkan mereka agar mengamati isi-isi al-Quran dan melarang mereka dari berpaling daripadanya. Allah juga mengarah mereka agar memahami maksud ayat-ayat al-Quran yang begitu halus lafaznya serta dipenuhi kebijaksanaan”.
Ramai dari kalangan umat Islam di Nusantara pada hari ini lebih mengutamakan pembacaan al-Quran mengikut tajwid yang betul tanpa banyak memberi tumpuan kepada kefahaman ayat, sedangkan Allah menghendaki umat Islam memahami dan mengkaji isi-isi Al-Quran. Apabila mesej al-Quran dapat difahami dengan betul, barulah penghayatan akan dapat dilaksanakan dengan baik.
Selamat MENGAJI dan MENGKAJI.
Wednesday, September 2, 2009
Wanita Hiasan Dunia.
Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali karam allahu wajhah:
" Saya dengan Fatimah peergi menghadap Rasulullah s.a.w., kami dapati Baginda sedang menangis, lalu kami bertanya kepadaNya;
" Apakah yang menyebabkan ayahnda menangis, Ya Rasulullah?"
Rasulullah s.a.w. menjawab;
" Aku lihat ada perempuan rambutnya tergantung, otaknya menggelegak. Aku lihat perempuan yang digantung lidahnya, tangannya terikat ke belakang dan Qathran (air yang menggelegak) dicurahkan ke dalam halkumnya. Aku lihat perempuan tergantung, kedua kakinya diikat, tangannya terikat di umbunnya dan disuakan dengan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, dibawahnya dinyalakan api. Aku melihat perempuan yang memotong tubuh dengan guntingdaripada api neraka. Aku melihat perempuan yang bermuka hitam, memaakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, diisi ke dalam sebuah peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar dari lubang hidungnya, badanya berbau busuk kerana berpenyakit sopak dan kusta. Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti khinzir, badannya seperti badan keldai, beribu-ribu kesengsaraan yang dirasainya. Aku lihat perempuan, rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, atau ke mulutnya dan keluar di duburnya. Malaikat memukul kepalanya dengan corong daripada api neraka." Fatimah pun berdiri dan bertanya kepada ayahnya: "Ayahnda yang dikasihi, ceritakanlah kepada anaknda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan-perempuan itu?" Rasulullah menjawab: "Fatimah, adapun perempuan yang tergantung rambutnya itu ialah yang tidak menutup rambutnya daripada lelaki yang bukan muhrimnya. Perempuan yang lidahnya tergantung itu ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki hamun dan menyakiti hati suaminya. Perempuan yang kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya dengan tidak mendapat izin daripada suaminya dan tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas. perempuan yang memakan badannya sendiri itu ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan suaminya dan suka mengumpat-ngumpat orang. Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka, ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek, dan berhias supaya kecantikannya itu dilihat oleh lelaki lain. Perempuan yang diikat kedua-dua kakinya, tangannya diikat ke umbun-umbun dan disuakan dengan ular dan kala, ianya boleh bersembahyang dan berpuasa, tetapi tidak mahu mengambil air sembahyang dan tidak mahu mandi janabah(junub). Perempuan yang kepalanya itu seperti khinzir dan badannya berupa badan keldai ialah perempuan ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan yang seperti anjing itu adalah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya."
Jadilah wanita solehah, penyeri di dunia dan di akhirat..Wa'allahualam.