Thursday, January 28, 2010


Try to find where we are???
We do not seem directly, but why we are arrogant with Allah???

We are only slaves...
"From Allah we come and to Him we shall return."

All people smile in the same language. ;)
Always smile!!!
Senyum sokmo!!!

Wednesday, December 30, 2009

Rahsia Dan Hikmah Disebalik Ujian Allah.

Gempa bumi tanda kekuasan Allah


Baru-baru ini kita digemparkan lagi dengan berita bencana tsunami di Samoa dan gempa bumi di Padang, Indonesia. Kita sebagai orang Islam mesti berkeyakinan bahawa, semua bencana ini adalah musibah dan ujian daripada Allah Ta’ala bagi mengingatkan kita semua bahawa, manusia dan semua makhluk atas dunia ini, tidak ada kuasa apa-apa pun. Tetapi, ALLAH lah yang MAHA BERKUASA dan DIA lah PENENTU SEGALANYA. Kita wajib taat pada segala perintahNYA dan bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakanNYA.
Hikmah Disebalik Ujian Allah
Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.
Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.
Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.
Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.
Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.
Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.
Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!

Saturday, December 5, 2009

24 tercedera dalam pertempuran di Masjid al Aqsa, keganasan Yahudi dijangka meningkat




Sekurang-kurangnya 24 orang tercedera apabila pasukan polis rejim pengganas Israel bertempur dengan rakyat Palestin di Masjid al Aqsa. Pertempuran tersebut tercetus pada pagi hari Ahad lalu apabila puak pelampau Yahudi memasuki kawasan Masjid al Aqsa. 15 orang pemuda Palestin dan 9 orang polis dilaporkan tercedera.
Berikutan peristiwa pertempuran tersebut, polis Zionis telah menangkap 8 orang rakyat Palestin dan seterusnya menghalang orang ramai daripada memasuki masjid yang mulia itu.
Menurut laporan Agensi Berita Ma’an, pertempuran itu tercetus apabila beberapa kumpulan pelampau Yahudi memasuki kawasan Masjid al Aqsa dengan bantuan kawalan oleh polis Zionis. Penduduk Palestin bertindak membaling batu dan kasut ke arah pasukan Zionis tersebut. Polis Zionis seterusnya menyuraikan penduduk Palestin tersebut secara paksa.
Ratusan rakyat Palestin bergegas ke kawasan Masjid al Aqsa, tetapi pasukan Zionis menutup semua pintu masuk. Rakyat Palestin bertindak mengadakan demonstrasi di luar kawasan masjid, mengecam penaklukan Zionis ke atas Baitulmadqdis.
Polis Zionis juga dilaporkan menghalang tokoh-tokoh seperti Mufti Besar Palestin, Sheikh Ekrima Sabri, dan juga mantan Menteri Hal Ehwal Baitulmaqdis, Hatim Abdul Qadir, daripada memasuki Masjid al Aqsa.
Dalam perkembangan berkaitan, seorang pakar hal ehwal Baitulmaqdis dan Masjid al Aqsa, Dr Ahmet Varol, memberi amaran bahawa cubaan pengganas Israel untuk menawan Masjid al Aqsa merupakan satu permulaan yang akan diikuti dengan  tindakan yang lebih ganas dalam beberapa hari lagi.
Kenyatan pakar berbangsa Turki ini dibuat dalam laman web “Palestin News” Ahad lalu. Beliau menyelar sikap bangsa Arab dan Islam yang sangat pasif terhadap jenayah Israel ini. “Isu Palestin dan Masjid al Aqsa adalah isu seluruh umat Islam dan bukan isu rakyat Palestin sahaja…. Kami mengikuti perkembangan ancaman Israel ke atas Masjid ini dengan penuh kesungguhan, dan saya yakin puak Yahudi telah mengeksploitasi sikap berdiam diri orang Islam terhadap jenayah mereka.”
Beliau juga berpendapat bahawa tindakan puak pelampau Yahudi memasuki Masjid al Aqsa adalah merupakan persediaan mereka untuk serangan-serangan seterusnya. “Rakyat Palestin tidak mampu mempertahankan Masjid ini bersendirian… amat sukar untuk mereka mempertahankan Masjid suci ini secara bersendirian kerana mereka tidak mempunyai senjata.”
Dr Varol turut mendakwa dunia Arab sebagai menggagalkan rakyat Palestin, kerana mereka mengabaikan Palestin dan terus bertahan nafas dengan janji-janji dan ilusi Amerika. “Bagaimana mungkin hubungan dengan Zionis diperbaiki bila mereka terus-menerus menakluk bumi Palestin?”
Bagaimanapun, beliau berharap inilah saatnya untuk semua umat Islam mula bangkit. “Tindakan Zionis menyerang Masjid al Aqsa tidak akan memberi apa-apa kebaikan kepada mereka, malahan akan mengukuhkan lagi kesedaran Umat Islam.”  [mn/Ma'an/Haaretz]

Thursday, October 29, 2009

Rumah Bayi (Tertera Ayat Al-Quran) Mahu Dibakar..


GAMBAR fail menunjukkan seorang ulama mendukung Ali di rumahnya di Kizlyar, Dagestan pada 19 Oktober lalu.

MOSCOW - Sekumpulan penduduk Islam mengancam mahu membakar rumah ibu bapa bayi yang kulitnya tertera ayat al-Quran, Ali Yakubov di Kizlyar, Dagestan, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Bayi itu yang berumur sembilan bulan dilahirkan oleh ibunya, Madina manakala bapanya bertugas sebagai seorang pegawai polis.

"Mereka (sekumpulan penduduk Islam itu) mendakwa tidak munasabah Allah menunjukkan tanda-tanda kebesarannya melalui seorang budak lelaki yang dilahirkan oleh keluarga pegawai polis," kata datuk bayi itu, Magomed-Kadyr.

"Mereka menganggap kami (pegawai polis yang bekerja untuk pemerintah Rusia) sebagai orang kafir," tambahnya.

Menurutnya, sebuah kereta membawa kumpulan bersenjata itu tiba di rumah mereka pada waktu siang.

ANTARA ayat al-Quran yang terdapat pada kulit Ali.
Anggota-anggotanya kemudian menuntut mereka menunjukkan bayi berkenaan sebelum beredar tetapi mereka mengancam untuk datang lagi.

Selepas insiden itu, seorang penguasa tempatan menyediakan enam pengawal keselamatan untuk mengawal keluarga berkenaan.

Ibu bayi itu menyatakan bahawa ayat suci al-Quran itu hilang pada kulit Ali apabila kumpulan bersenjata itu tiba tetapi muncul semula selepas mereka beredar.

Dagestan yang terletak di selatan Rusia dan bersempadan dengan Chechnya bergolak akibat pertempuran berterusan di antara kumpulan-kumpulan Islam dan pihak berkuasa Rusia selama beberapa tahun selepas Moscow didakwa menindas penduduk Islam di wilayah itu. - Agensi

Wednesday, October 7, 2009

Ayat-Ayat Allah Swt dalam Gempa di Sumatera


Salam..sekadar perkongsian...fikir fikirkan..

Gempa bumi dengan magnitud 7.6 yang melanda Sumatera Barat sekitar 5.16 (17:16) petang waktu Indonesia Barat(6.15 petang waktu Malaysia) mengakibatkan beberapa bangunan utama di Padang mengalami kerosakan teruk seperti Rumah Sakit Umum Pusat M Jamil Padang, Rumah Sakit Selasih dan Hotel Rocky. Sumber:HarianMetro

Segala sesuatu kejadian di muka bumi merupakan ketetapan Allah Swt. Demikian pula dengan musibah bernama gempa bumi. Hanya berselang sehari setelah kejadian, beredar khabar—di antaranya lewat sms—yang mengkaitkan waktu terjadinya musibah tiba gempa itu dengan surat dan ayat yang ada di dalam kitab suci Al-Qur’an.

“Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Cuba lihat Al-Qur’an!” demikian bunyi sms yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Qur’an dengan tuntunan sms tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayat-ayat Allah Swt tersebut:

17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”

17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”

8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”

Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kederhakaan, dan juga dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya. Ini begitu menarik sekali.

Gaya hidup bermewah-mewah seolah disimbolisasikan dengan acara pelantikan anggota DPR yang memang WAH. Kedurhakaan boleh jadi disimbolkan oleh tidak ditunaikannya amanah umat selama ini oleh para penguasa, namun juga tidak tertutup kemungkinan kedurhakaan kita sendiri yang masih banyak yang lalai dengan ayat-ayat Allah atau malah menjadikan agama Allah sekadar sebagai alat untuk meraih kehidupan duniawi dengan segala kemewahannya (yang sebenarnya menipu).

Dan yang terakhir, terkait dengan “Fir’aun dan para pengikutnya”, percaya atau tidak, para pemimpin dunia sekarang ini yang bergabung dalam kelompok Globalis (mencita-citakan The New World Order) seperti Dinasti Bush, Dinasti Rotschild, Dinasti Rockefeller, Dinasti Windsor, dan para tokoh Luciferian lainnya yang bergabung dalam Bilderberg Group, Bohemian Groove, Freemasonry, Trilateral Commission (ada lima tokoh Indonesia sebagai anggotanya), sesungguhnya masih memiliki ikatan darah dengan Firaun Mesir (!).

David Icke yang dengan tekun selama bertahun-tahun meneliti garis darah Firaun hingga sekarang, dalam bukunya “The Biggest Secret”, menemukan bukti jika darah Firaun memang mengaliri tokoh-tokoh Luciferian sekarang ini seperti yang telah disebutkan di atas. Bagi yang ingin menelusuri keturunan darah Fir’aun tersebut hingga ke Dinasti Bush, silakan cari diwww.davidicke.com (Piso-Bush Genealogy), dan ada pula di New England Historical Genealogy Society.

Nah, bukan rahsia lagi jika sekarang Indonesia berada di bawah cengkaman kaum NeoLib. Kelompok ini satu kubu dengan IMF, World Bank, Trilateral Commission, Round Table, dan kelompok-kelompok elit dunia lainnya yang bekerja menciptakan The New World Order. Padahal jelas-jelas, kubu The New World Order memiliki garis keturunan dengan Firaun. Kelompok Globalis-Luciferian inilah yang mungkin dimaksudkan Allah Swt dalam QS. Al Anfaal ayat 52 di atas. Dan bagi mendukung pasangan ini, mungkin boleh dipanggil sebagai “…pengikut-pengikutnya.”

Dengan adanya berbagai “kebetulan” yang Allah Swt sampaikan dalam musibah gempa kemarin ini, Allah Swt jelas hendak mengingatkan kita semua. Apakah semua “kebetulan” itu sekadar sebuah “kebetulan” semata tanpa pesan yang berarti? Apakah pesan Allah Swt itu akan mengubah kita semua agar lebih taat pada perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya? Atau malah kita semua sama sekali tidak peduli, bahkan menertawakan semua pesan ini sebagaimana dahulu kaum kafir Quraiys menertawakan dakwah Rasulullah Saw? Semua terpulang kepada diri kita masing-masing. Wallahu’alam bisowab. (Ridyasmara)