Saturday, August 22, 2009
Wednesday, August 19, 2009
Hari Al-Quds Sedunia
21 ogos setiap tahun merupakan Hari Al-Quds Sedunia yang disambut sebagai tanda memperingati tragedi pembakaran masjid Al-Aqsa yang dibakar oleh seorang Zionis warga
Sebagai umat Islam, isu Palestin merupakan isu ‘Akidah yang selayaknya dipertanggungjawabkan bagi sekalian umat Islam kerana kedudukan Masjid al-Aqsa sebagai tanah suci ketiga dalam Islam, Kiblat pertama umat Islam, Tanah Anbiya’ dan pusat pemerintahan dunia Islam seperti yang dirakamkam dalam Hadis Rasulullah.
Hari ini Palestin berada dalam tangan musuh Islam, Zionis “
Sebagai usaha pembelaan dan kepedulian kita, maka Hari Memperingati Al-Quds atau Remembrance of Al-Quds (ROQ) merupakan sebuah gagasan utama yang akan menjadi simbol solidariti umat Islam di Malaysia terhadap umat Palestin. Pelbagai kegiatan boleh dijalankan untuk mewar-warkan tentang isu Palestin dan kedudukan Palestin dalam hati umat Islam. Kita berharap progam ini akan menggerakkan masyarakat yang sedar untuk menghulurkan sumbangan dan mempersiapkan diri mereka dengan segala pertahanan dan kecemerlangan sebagai umat yang terbaik.
Semoga Allah memberikan kekuatan kepada meeka yang berkorban demi Islam dan berusaha keras mempertahankan Islam, tanahairnya, kesucian dan maruahnya dan umatnya. Amin.
Sunday, August 16, 2009
Israel tangkap tujuh lagi di Tebing Barat
Tentera rejim pengganas Israel telah menculik tujuh orang lagi rakyat Palestin dalam operasi serbuan awal pagi Khamis 13 Ogos di beberapa kawasan di Tebing Barat. Tentera tersebut telah memasuki pusat bandar Ramallah dan beberapa kawasan kampung berhampiran. Mereka juga memasuki bandar al-Khalil di selatan dan bandar Qalqilia di utara Tebing Barat. 7 orang awam Palestin telah ditangkap.
Semalam, Rabu, tentera pengganas Israel juga telah menangkap 4 orang Palestin dari 3 buah kampung berdekatan bandar Jenin di utara Tebing Barat.
Penduduk Palestin yang tinggal di Tebing Barat menjadi mangsa operasi semalaman yang hampir tidak putus-putus, walaupun Israel telah mengadakan perjanjian keselamatan bersama Palestinian Authority (PA.) Menurut perjanjian tersebut, PA bertanggunjawab ke atas keselamatan di Tebing Barat dan pasukan keselamatan Israel tidak mempunyai sebarang kuasa dalam kawasan tersebut.
Lebih 2,500 orang rakyat Palestin dari Tebing Barat dan Gaza telah ditahan oleh rejim pengganas Israel sejak awal tahun 2009. Israel kini memenjarakan lebih 11,500 orang Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak, di pusat-pusat tahanan yang dilaporkan berkeadaan sangat teruk. (mn/PressTV)
Friday, August 14, 2009
Ramadhan Kian Hampir!!!
" Ya Allah, berkatilah aku dibulan Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah aku dibulan Ramadhan." Ramadhan tahun lepas sudah berlalu, bagaimanakah dengan peningkatan diri kita? Adakah menaik, atau menurun? Sama-samalah kita memuhasabah keaiban yang ada pada diri kita. Sedarkah kita, sekiranya dosa yang kita lakukan itu ada bau, nescaya tidak akan ada siapa yang sanggup mendampingi kita kerana busuknya dosa yang kita lakukan. Begitulah kita dengan Allah swt, bila kita ada keaiban dengan Allah swt, maka kehidupan kita didalam bermasyarakat juga akan mengalami masalah. Jadi muhasabahlah diri kita sebelum kita menjejakkan kaki ke bulan Ramadhan yang kian hampir ini. "Hisab diri kita (muhasabah) pada hari ini lebih ringan daripada hisab dihadpan Allah kelak." Islahlah diri sebelum kita terlewat. Apa yang kita hajatkan daripada bulan Ramadhan yang kian hampir ini???
1. Nak dekatkan diri dengan Allah swt
2. Nak tinggalkan benda yang sia-sia
3. Nak bersihkan diri dengan bertaubat kepada Allah swt.
Akhir kata, sama-samalah kita penuhi bulan Ramadhan yang kian hampir ini dengan amal-amal yang soleh, yang dapat mendekatkan diri kita dengan Allah swt.
Wa'Allahualam....
Saturday, August 8, 2009
Apa Respon Kita???
Anda kenal Mikaeel Jackson?? Tentu 90 peratus dari pembaca blog ini akan menjawab ‘kenal’ dengan pantas, paling tidak pun tentu akan menggangukkan kepala. Akan tetapi jika penulis bertanyakan kepada anda tentang seorang wanita yang bernama Marwa El-Sherbini, adakah reaksi anda sama seperti tadi atau tercengang kebuntuan??
Bagi anda yang maklum dengan srikandi bernama Marwa El-Sherbini, tahniah penulis ucapkan kerana anda memang mencari ilmu yang bermanfaat di internet manakala bagi anda yang masih kebingungan, mari penulis sirahkan secara ringkas susur galur kehidupan mutakhir wanita ini.
Marwa, 32 tahun tinggal berjiran dengan Alex W, seorang immigran Russia berketurunan Jerman yang sangat membenci Islam. Pada Ogos setahun lalu, Marwa memfailkan saman terhadapnya lantaran kebiadapannya mencerca Marwa Terrorist gara-gara dia memakai hijab. Malah, Alex pernah mencuba beberapa kali untuk menanggalkan tudung yang dipakai Marwa. Rentetan itu, Alex telah diputuskan bersalah dan didenda 780 Euro.
1 Julai lalu, Alex mengemukakan rayuan terhadap kesnya. Di dalam mahkamah, dia telah menikam Marwa berulangkali sebanyak 18 tikaman. Suami Marwa, Elwi Ali-Okaz meluru untuk melindungi isterinya tetapi telah ditikam di paru-paru serta terkena tembakan polis yang berada di situ. Marwa meninggal di tempat kejadian manakala suaminya berada di dalam keadaan kritikal. Lebih menyayat hati, Marwa ketika itu sedang hamil 3 bulan dan meninggalkan seorang anak lelaki, Mustafa yang baru berusia 3 tahun.
Media barat memandang remeh peristiwa tragis ini dan langsung tidak dihebahkan. Malah, rakyat Malaysia sendiri tidak ramai yang tahu kejadian seumpama ini berlaku ke atas wanita Muslim. Penulis kecewa dengan diri sendiri kerana terlewat mengetahui hal sepenting ini berbanding kematian Mikaeel Jackson yang sedikit pun tiada ciri-ciri Islam di hari pengebumiannya, bahkan banyak pula majlis mengenangnya.
Dr. Marwa El-Sherbini wanita berani. Dia sanggup mengambil risiko untuk melindungi haknya sebagai seorang wanita muslim daripada terus diperlekehkan oleh kafir laknat. Marwa menghembuskan nafas yang terakhir ketika menegakkan hukum Allah, semoga syurga balasannya.
Siapakah Kita???
Mereka lupa akan hari yang semuanya akan alami. Mereka lupa bahawa mereka akan dihisab di hadapan Allah swt. Sama-samalah kita muhasabah semula diri kita. Dari mana kita didatangkan??? Bukankah dari setitis air mani yang jika jatuh ke bumi, ayam pun tak sudi nak patuk?? Betapa hinanya kita...tetapi Allah mengangkat martabat keimanan kita lebih tinggi daripada para malaikat. Layakkah kita untuk sombong dengan Allah swt???
Apakah Sebenarnya ESQ 165???
83. Kertas kajian dan isu berkenaan ESQ telah dibentang dan dibincangkan sebanyak empat kali iaitu pada Mesyuarat Panel Kajian Aqidah (PKA) kali ke-38 pada 28 Ogos 2008, Mesyuarat Khas PKA berkenaan ESQ pada 14 Oktober 2008, Mesyuarat PKA kali ke-39 pada 27-28 November 2008 dan Mesyuarat Khas PKA berkenaan ESQ pada 10 Februari 2009.
84. Kesimpulan dan keputusan mesyuarat-mesyuarat tersebut ialah seperti berikut:
i) Mesyuarat PKA kali ke-38 pada 28 Ogos 2008
Kesimpulan:
a) Perkara-perkara aqidah yang eksklusif di dalam Islam cuba difahami secara inklusif melangkaui agama-agama lain memandangkan para perserta kursus terdiri daripada pelbagai latar belakang agama.
b) Salahtafsiran terhadap kisah Nabi Muhammad SAW, Nabi Ibrahim AS dan Nabi Musa AS yang dikatakan mencapai kesedaran rohani melalui pencarian dan pengalaman.
c) Membimbing supaya para peserta menuruti suara hati kerana ia adalah punca kebenaran dan Ihsan memandangkan nama-nama dan sifat-sifat Tuhan terletak di dalam God Spot.
d) Mentafsirkan al-Asma al-Husna tanpa berteraskan disiplin ilmu aqidah sebaliknya cuba memaksa terjemahan nama-nama Allah bersesuaian dengan matlamat kursus iaitu untuk motivasi kepimpinan.
e) Mengemukakan tafsiran baru terhadap Iman, Islam dan Ihsan.
f) Mengadakan rumus ZMP yang didakwa punca manusia mendapat kekuatan atau perkara luar biasa.
g) Menganjurkan perbuatan-perbuatan ibadah mahdhah dengan disertai bersama oleh peserta bukan Islam.
Keputusan:
a) Terdapat keraguan-keraguan yang dikhuatiri boleh menyelewengkan aqidah di dalam kursus tersebut.
b) Doktrin bahawa kebenaran boleh diperolehi melalui pengalaman/pencarian (termasuk oleh para nabi) perlu dijadikan asas kepada penyelewengan ESQ.
ii) Mesyuarat Khas PKA berkenaan ESQ pada 14 Oktober 2008
a) Bersetuju dengan pembentangan oleh ahli PKA, Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi bin Hamat bahawa; keraguan-keraguan yang dikhuatiri boleh menyelewengkan aqidah di dalam kursus ESQ adalah wujud sebagaimana yang telah dibentangkan oleh urusetia JAKIM pada mesyuarat PKA kali ke-38.
iii) Mesyuarat PKA kali ke-39 pada 27-28 November 2008 dan pertemuan ahli PKA dengan penganjur/moderator ESQ
Kesimpulan:
a) Berlaku campuraduk antara kebenaran dan kebatilan dalam metodologi kursus yang disampaikan oleh ESQ.
b) Penggunaan istilah-istilah agama sebagai saduran untuk membenarkan teori-teori yang dikemukakan.
c) Tidak mempunyai asas yang kukuh dalam menafsirkan semula makna Iman, Islam dan Ihsan.
d) Terdapat unsur-unsur mengeksploitasi agama Islam untuk tujuan keuntungan korporat.
e) Mengeksploitasi elemen-elemen ritual dalam Islam yang eksklusif seperti solat, zakat dan haji bagi tujuan yang inklusif dan boleh digunapakai oleh semua agama.
f) Dikhuatiri akan wujud di kalangan golongan bukan Islam yang memeluk Islam atas dasar memeluk ESQ bukan memeluk dan memahami Islam sebagaimana tradisi keilmuan Islam.
Keputusan:
a) Mesyuarat mengesyorkan supaya satu mesyuarat khas PKA diadakan sekali lagi, bagi meneliti sedalam-dalamnya pemikiran dan falsafah yang terdapat di sebalik pengajaran kursus ESQ.
iv) Mesyuarat khas PKA berkenaan ESQ pada 10 Februari 2009
Kesimpulan:
Terdapat penyelewengan dalam ESQ pada aspek-aspek berikut:-
Aspek aqidah
a) Mendakwa para Nabi mencapai kebenaran (kesedaran rohani) menerusi pengalaman dan pencarian (tanpa menyatakan peranan wahyu). Pengasasnya mengiaskan dirinya dengan para Nabi dalam pencarian mencari kebenaran sedangkan para Nabi dikurniakan wahyu oleh Allah SWT.
b) Menafikan eksklusivisme aqidah Islam dengan mengatakan bahawa rukun Iman, rukun Islam dan Ihsan bukan hanya eksklusif untuk umat Islam.
c) Mendakwa suara hati ialah punca kesedaran rohani (spiritual quotient/martabat ihsan) termasuk mendakwa Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin yang paling kuat berpegang kepada logika dan suara hati.
d) Tafsiran salah terhadap al-Asma’ al-Husna iaitu dengan mengatakan bahawa manusia dan seluruh alam adalah wakil 99 nama/sifat Allah SWT. ESQ mendakwa ‘fitrah’ bermaksud Allah SWT meniupkan 99 sifat-Nya ke dalam diri manusia. Di samping itu ESQ cuba menafsirkan semua nama-nama Allah SWT bersesuaian dengan matlamat kursus.
e) Mendakwa kekuatan luar biasa seperti mukjizat dan karamah boleh berlaku melalui rumus Zero Mind Process (ZMP). Dengan rumus ZMP ini, ESQ mengiaskan bahawa mukjizat Nabi Musa a.s. diselamatkan oleh Allah SWT daripada tentera Fir’aun boleh jua berlaku kepada orang lain iaitu seperti yang berlaku kepada juru terbang Kapten Abdul Razak.
Aspek syariah
a) Mengadakan tafsiran baru terhadap Islam, Iman dan Ihsan dalam penjelasan berkenaan The ESQ Way 165 dengan diakhiri ayat al-Qur’an “Pada hari ini aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu...”.
b) Sujud dengan tidak menurut hukum syara’ serta diikuti bersama peserta bukan Islam.
c) Simulasi dengan melakukan perbuatan-perbuatan haji dengan disertai bersama peserta bukan Islam.
d) Mengambil pedoman daripada golongan yang tertolak seperti menerima teori Kod 19 yang dibawa oleh Rashad Khalifah dan pandangan-pandangan ahli falsafah Barat tentang makna kebenaran.