Saturday, August 8, 2009

Apa Respon Kita???

Anda kenal Mikaeel Jackson?? Tentu 90 peratus dari pembaca blog ini akan menjawab ‘kenal’ dengan pantas, paling tidak pun tentu akan menggangukkan kepala. Akan tetapi jika penulis bertanyakan kepada anda tentang seorang wanita yang bernama Marwa El-Sherbini, adakah reaksi anda sama seperti tadi atau tercengang kebuntuan??

Bagi anda yang maklum dengan srikandi bernama Marwa El-Sherbini, tahniah penulis ucapkan kerana anda memang mencari ilmu yang bermanfaat di internet manakala bagi anda yang masih kebingungan, mari penulis sirahkan secara ringkas susur galur kehidupan mutakhir wanita ini.

Marwa, 32 tahun tinggal berjiran dengan Alex W, seorang immigran Russia berketurunan Jerman yang sangat membenci Islam. Pada Ogos setahun lalu, Marwa memfailkan saman terhadapnya lantaran kebiadapannya mencerca Marwa Terrorist gara-gara dia memakai hijab. Malah, Alex pernah mencuba beberapa kali untuk menanggalkan tudung yang dipakai Marwa. Rentetan itu, Alex telah diputuskan bersalah dan didenda 780 Euro.

1 Julai lalu, Alex mengemukakan rayuan terhadap kesnya. Di dalam mahkamah, dia telah menikam Marwa berulangkali sebanyak 18 tikaman. Suami Marwa, Elwi Ali-Okaz meluru untuk melindungi isterinya tetapi telah ditikam di paru-paru serta terkena tembakan polis yang berada di situ. Marwa meninggal di tempat kejadian manakala suaminya berada di dalam keadaan kritikal. Lebih menyayat hati, Marwa ketika itu sedang hamil 3 bulan dan meninggalkan seorang anak lelaki, Mustafa yang baru berusia 3 tahun.

Media barat memandang remeh peristiwa tragis ini dan langsung tidak dihebahkan. Malah, rakyat Malaysia sendiri tidak ramai yang tahu kejadian seumpama ini berlaku ke atas wanita Muslim. Penulis kecewa dengan diri sendiri kerana terlewat mengetahui hal sepenting ini berbanding kematian Mikaeel Jackson yang sedikit pun tiada ciri-ciri Islam di hari pengebumiannya, bahkan banyak pula majlis mengenangnya.

Dr. Marwa El-Sherbini wanita berani. Dia sanggup mengambil risiko untuk melindungi haknya sebagai seorang wanita muslim daripada terus diperlekehkan oleh kafir laknat. Marwa menghembuskan nafas yang terakhir ketika menegakkan hukum Allah, semoga syurga balasannya.

No comments:

Post a Comment