Wednesday, September 2, 2009

Wanita Hiasan Dunia.

Di sini saya ingin mengutarakan satu peristiwa yang telah disaksikan oleh Rasulullah s.a.w. semasa dalam perjalanan Isra' Mi'raj yang ada kaitannya dengan penghuraian tabarruj.
Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali karam allahu wajhah:
" Saya dengan Fatimah peergi menghadap Rasulullah s.a.w., kami dapati Baginda sedang menangis, lalu kami bertanya kepadaNya;
" Apakah yang menyebabkan ayahnda menangis, Ya Rasulullah?"
Rasulullah s.a.w. menjawab;
" Aku lihat ada perempuan rambutnya tergantung, otaknya menggelegak. Aku lihat perempuan yang digantung lidahnya, tangannya terikat ke belakang dan Qathran (air yang menggelegak) dicurahkan ke dalam halkumnya. Aku lihat perempuan tergantung, kedua kakinya diikat, tangannya terikat di umbunnya dan disuakan dengan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, dibawahnya dinyalakan api. Aku melihat perempuan yang memotong tubuh dengan guntingdaripada api neraka. Aku melihat perempuan yang bermuka hitam, memaakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, diisi ke dalam sebuah peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar dari lubang hidungnya, badanya berbau busuk kerana berpenyakit sopak dan kusta. Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti khinzir, badannya seperti badan keldai, beribu-ribu kesengsaraan yang dirasainya. Aku lihat perempuan, rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, atau ke mulutnya dan keluar di duburnya. Malaikat memukul kepalanya dengan corong daripada api neraka." Fatimah pun berdiri dan bertanya kepada ayahnya: "Ayahnda yang dikasihi, ceritakanlah kepada anaknda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan-perempuan itu?" Rasulullah menjawab: "Fatimah, adapun perempuan yang tergantung rambutnya itu ialah yang tidak menutup rambutnya daripada lelaki yang bukan muhrimnya. Perempuan yang lidahnya tergantung itu ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki hamun dan menyakiti hati suaminya. Perempuan yang kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya dengan tidak mendapat izin daripada suaminya dan tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas. perempuan yang memakan badannya sendiri itu ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan suaminya dan suka mengumpat-ngumpat orang. Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka, ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek, dan berhias supaya kecantikannya itu dilihat oleh lelaki lain. Perempuan yang diikat kedua-dua kakinya, tangannya diikat ke umbun-umbun dan disuakan dengan ular dan kala, ianya boleh bersembahyang dan berpuasa, tetapi tidak mahu mengambil air sembahyang dan tidak mahu mandi janabah(junub). Perempuan yang kepalanya itu seperti khinzir dan badannya berupa badan keldai ialah perempuan ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan yang seperti anjing itu adalah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya."

Jadilah wanita solehah, penyeri di dunia dan di akhirat..Wa'allahualam.

No comments:

Post a Comment